Mengenai Kami

Agensi Pekerjaan Mindanao

Agensi Pekerjaan Mindanao Sdn Bhd (Lesen JTKSM no. 1332) merupakan sebuah syarikat pembekalan pekerja domestik khususnya pembantu rumah terbaik di Malaysia. Kami pakar dalam menyediakan pembantu rumah berkaliber dan berkemahiran tinggi terutamanya dari Filipina.

Ditubuhkan pada 2023 , agensi kami berkhidmat sebagai penghubung di antara majikan dan pembantu rumah. Pada masa kini, pembantu rumah kami boleh memenuhi dan menepati pelbagai jenis keperluan domestik. 

Kami bertekad bukan sahaja menepati tetapi melebihi jangkaan anda bagi memastikan kejayaan masa depan bagi kedua-dua majikan dan pembantu rumah kami. 

Pengasas dan Rakan Kongsi kami mempunyai kemahiran dan pengalaman melebihi 10 tahun dalam industri. Rakan kongsi kami di Filipina merupakan Agensi Pekerjaan terkemuka dan peneraju utama dalam menyediakan pembantu rumah yang berkualiti dari Filipina. Sehingga kini, mereka telah mempunyai, 14 cawangan di seluruh negara Filipina. Selain itu, rakan kongsi kami juga telah berjaya membina dan membangunkan agensi pembekal pembantu rumah yang terkemuka di negara-negara lain seperti Kuwait, Qatar dan Bahrain.

Usahasama dengan rakan kongsi kami di Filipina merupakan satu penghormatan dan menambahkan keyakinan untuk kami terus membekalkan pembantu rumah yang terpilih dan memberi perkhidmatan yang cemerlang di Malaysia.

Di Agensi Pekerjaan Mindanao Sdn Bhd, prinsip kami adalah berasaskan kepada integriti, mematuhi undang-undang dan mengutamakan kepuasan semua pihak, pelanggan mahupun pembantu rumah.

Kami menjemput anda untuk menerokai masa depan yang cerah bersama di mana kami bekal pembantu rumah yang cemerlang dari Filipina dan Indonesia.

Misi dan Visi

Visi kami adalah untuk menjadi peneraju utama dalam menyediakan pembantu rumah berkemahiran tinggi secara integriti dan penuh inovasi.

Misi kami adalah untuk menjadi penghubung yang diyakini di antara majikan dan pembantu rumah di peringkat tempatan mahupun luar negara. Disamping memastikan pematuhan undang-undang dan kepuasan semua pihak.

Nilai Teras

Employment Solutions

Solusi Pekerjaan

Integrity

Integriti

Matching Workers On Your Needs

Memenuhi kriteria dan keperluan pembantu rumah yang anda inginkan

Pejabat Perekrutan di Filipina

Agensi Pekerjaan Mindanao Sdn Bhd adalah Agensi pembantu rumah pilihan anda untuk semua keperluan pembantu rumah dari cawangan-cawangan Agensi rakan kongsi kami di seluruh negara Filipina. Kini, kami membawa keselesaan dan kebolehpercayaan ini untuk anda para majikan yang dihormati  di Malaysia.

Philippines Recruitment Office
License

Kenapa Pilih Kami

Connecting Employers and Employees

Penghubung Kepada Majikan Dan Pekerja

Berkhidmat sebagai pihak perantaraan di antara majikan dan pekerja tempatan dan antarabangsa.

Diverse Job Categories

Kepelbagaian dari segi Kemahiran

Ini termasuk perkhidmatan eksekutif, pentadbiran, perkeranian, domestik, pekilangan, perladangan, pembinaan, dan pekerjaan umum.

Job Seeker Registration

Mengutamakan Majikan Tempatan Di Malaysia

Pendaftaran murah dengan memberi keutamaan kepada majikan tempatan di Malaysia. Mematuhi perundangan di bawah Immigration Act.

Flexible Employer Types

Kepelbagaian Majikan

Memberi perkhidmatan yang memuaskan kepada majikan individu dan korporat.

Transparent Fee Structure

Struktur Yuran Yang Telus

Mematuhi terma dan syarat di bawah Private Employment Act dan semua keperluan oleh jabatan-jabatan kerajaan yang terlibat.

Galeri